Wednesday, July 8, 2015

BULAN RAMADHAN


Assalammualaikum..
Hari ini merupakan hari yang ke-21 dalam bulan Ramadhan.10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan yang memberi seribu erti dan pahala serta ganjaran kepada umat Islam.Baru hari ini juga aku baru dapat update blog,sebab hari itu,kontrak kerja aku habis.Tapi,mungkin rezeki,kontrak kerja aku disambungkan sampai bulan 9.Hari Isnin minggu depan,keputusan temuduga kerja hari tu(S.P.A) keluar.Excited juga.Tapi,abang aku cakap,orang yang banyak kali pergi temuduga pun tak dapat kerja,inikan pula aku yang baru first time dapat temuduga kerja kerajaan.Sedihh (T-T).But,biarkan lah.Kalau rezeki aku dapat,aku pergi je.Bulan 8,minggu ke 2,keputusan UPU pula keluar.Berdebar-berdebar mak,nak.Takut pun ada.Isshh.Dalam otak aku ini,aku asyik fikir,aku dapat ke tak sambung belajar.Orang lain mesti dapat.1 masalah diri aku ini,aku cepat cemburu dengan orang lain.Kalau orang lain dapat buat apa yang aku suka buat,tapi aku tak dapat,aku akan cemburu.Tapi,my BFF,Asmida bagi nasihat.Dia cakap 'Itu semua rezeki dia,Kyrah.Kau sebagai kawan,kenalah doa supaya kawan kau tu akan berjaya dengan apa yang dia buat.Bukannya cemburu.Itu bukan kawan'.Lama-lama,bila aku rasa cemburu dengan kejayaan orang lain,aku akan cakap dekat diri aku yang 'Kau pun akan berjaya juga Kyrah.Tapi bukan sekarang'.K.lah.Sat lagi opis hour nak habis.Daaa.

No comments:

Post a Comment