RESEPI

NASI GORENG IKAN BILIS

4 ulas bawang putih (ditumbuk)
6 biji cili (ikut tahap kepedasan diri)(ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
garam secukup rasa
nasi putih 1 mangkuk
1 mangkuk kecil ikan bilis yang sudah dikupik
1 biji telur

Cara memasak:
-Masukkan minyak dan panaskan.Setelah panas,masukkan ikan bilis yang sudah dibasuh ke dalam kuali.Masakkan ikan bilis sehingga garing dan angkat.
-Selepas itu,masukkan bawang putih,cili mengikut kepedasan,masukkan sedikit garam dan tumiskan sehingga pecah minyak..
-Setelah itu,masukkan nasi dan gaulkan.
-Buatkan ruang ditengah-tengah kuali dan masukkan telur.
-Apabila telur sudah masak,gaulkan nasi dan telur dan masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi.
-Akhir sekali,taburkan bawang goreng dan siap untuk dihidang.

#maaf sekiranya ada kesilapan dalam resipi. #sekadar perkongsian ^-^




No comments:

Post a Comment