Saturday, April 23, 2016

MADAH BUAT RENUNGAN

Setiap percakapan itu boleh menguris hati yang mendengarnya.Jangan pernah beranggapan orang yang engkau kenal bertahun2 tidak mempunyai hati.
Tidak reti membezakan antara gurauan dan sindiran.

Jika  ini cara untuk engkau merapatkan ukhwah,seharusnya kau selidik kesilapan engkau.Jangan terus menghukum orang yang mempunyai 1000 alasan bila engkau ajak berjumpa.1000 alasan itu dicipta untuk tidak menyusahkan engkau.Untuk menjaga hati syurganya yang lebih penting dari engkau.

Jangan kau ingat semua orang mempunyai kebebasan seperti yang engkau dapat.Sepatutnya kau sebagai orang yang selalu menepuk bahunya,faham keadaannya.Bukan faham dengan kau luahkan sindiran.

Jika kau masih tidak memahaminya,lebih baik kau tinggalkannya sebab kau akan lebih melukakan hatinya.Biar dia sahaja yang menyimpan memori antara kau dan dia.Tidak semestinya berjumpa beramai2 itu sudah dilabel BFF kerana jika tiada perjumpaan,ukhwah itu masih utuh jika doakan itu dititipkan.

Segala ungkapan hanya luahan hati.

Love Kyrah.

No comments:

Post a Comment