Thursday, June 4, 2015

KISAH POHON TAMAR

Assalammualaikum.
     
       Sebenarnya hari ni saya nak share tentang 1 kisah waktu zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulu.Lagipun,hari ni turn saya pula bagi usrah dalam group whatsapp.So,saya share dekat blog so that korang pun boleh tahu kisah ini.

        Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah beratap pelepah pokok tamar @ kurma. Jika Rasulullah berkhutbah, baginda berdiri di atas salah satu batang pokok tamar. Oleh kerana jumlah umat Islam bertambah ramai, maka dicadangkan dibina mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah ketika berkhutbah.

       Cadangan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra supaya dibina mimbar yang baru diterima Rasullulah . Lalu para sahabat pun membuat mimbar daripada kayu yang mempunyai 3 anak mata tangga. Apabila mimbar yang baru itu siap, Rasulullah pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut, malah Nabi merasa selesa dengan mimbar yang baru itu lalu tidak menggunakan lagi batang tamar yang sering Baginda gunakan sebelum ini.

       Namun, ketika Rasullullah menggunakan mimbar baru itu, kedengaran suara rintihan seperti tangisan unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat hingga menggoncangkan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.
Rupa-rupanya, suara tangisan sedih itu datangnya daripada batang pokok tamar usang yang dulunya sering kali digunakan oleh Rasullullah .

       Rasulullah tersenyum. Lalu Baginda turun daripada mimbar dan menghampiri pokok tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah meletakkan tangan pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.

     Rasulullah berkata pada pokok tamar itu: “Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, aku akan berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar engkau akan menjadi pokok di syurga, supaya para wali Allah dapat memakan buah-buahmu.”
Batang tamar itu menjawab: “Saya memilih untuk ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga supaya wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat dimana di dalamnya saya kekal.”

     Lalu goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah berkata:“Ia (pokok kurma) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini!”

      Rasulullah kemudian menyuruh supaya ditanamkan batang pokok tamar itu berhampiran mimbar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga.

      Jabir RA berkata, “Pokok kurma itu juga menangis apabila ia mendengar orang berzikir atau mendengar bacaan al-Quran dekatnya. (Hadis Riwayat Bukhari).
.
Begitulah kisah batang kering dari pokok tamar yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah . Sayang, kasih dan rindunya sebatang pokok tamar kepada Rasulullah sehingga menangis kerana Rasulullah beralih mimbar untuk berkhutbah. Betapa mulianya pokok tamar yang tidak akan terkena seksa api neraka seperti pada zaman Rasulullah .
.
Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata; “Wahai hamba Allah! Batang tamar pun rindu kepada Rasulullah , maka kamu semua lebih utama untuk merasa rindu bertemu dengan Rasulullah .


.


No comments:

Post a Comment