Thursday, September 25, 2014

TRIAL QUESTION-BM


Assalamualaikum...hari ini saya nak share soalan percubaan STPM Bahasa Melayu sekolah saya...mungkin soalan setiap sekolah dan negeri berlainan.Namun,saya hanya mahu berkongsi sikit demi sikit soalan yang saya jawab...selamat mencuba walaupon baru 5 soalan..Harap maaf sebab tak dapat nak masuk semua soalan sekaligus..masalah teknikal...hahhaaa... tolong jawap sebelum tengok jawapan ea...

1.   Encik Wahab bersungguh-sungguh mengusahakan tanah yang terbiar itu dengan tanaman sayur-         sayuran.Empat bulan kemudian,beliau mendapat hasil yang lumayan.

     Wacana diatas menunjukkan kesinambungan idea dari segi
     A.    sebab dan hasil
     B.    sebab dan akibat
     C.    latar dan kesimpulan
     D.    syarat dan hasil

2.Pilih padanan yang betul antara funsi penanda penghubung dengan contohnya.
   

      Fungsi
Contoh Penanda Wacana
A
Pertentangan
Kemudian daripada itu ; Namun demikian
B
Tambahan
Dalam hal ini ; dengan demikian
C
Kesimpulan
Secara ringkasnya ; Pendek kata
D
Tempoh
Sementara itu ; dalam konteks itu

3.Wacana terhasil dalam bentuk yang berikut,kecuali
      A      frasa 
      B      dialog
      C      setiap bab dalam buku
      D      tiga ayat yang berkesinambungan

4.   Kementerian Pelajaran Malaysia akan sentiasa memperkukuh kurikulum pendidikan
      di negara ini.Hal ini demikian agar sesuai dengan kehendak dunia masa kini tanpa
      melupakan hasrat Wawasan 2020 iaitu maju dengan acuan sendiri.Kurikulum yang
      ingin dibangunkan akan mengambil kira keunikan sejarah,kepelbagaian kaum,serta
      agama di negara ini.Kurikulum ini juga  akan bersifat menyeluruh,tetapi tidak terlalu
      membebankan.                        
       
    Berdasarkan penyataan diatas,teknik penyampaian idea yang digunakan ialah
      A     percontohan
      B     deduksi
      C     induksi

      D     analogi

5.     Kereta Proton Preve keluaran terbaru yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai reka
        bentuk dalaman yang amat menarik.Harganya amat berpatutan dan mampu dimiliki
        oleh semua orang.Mereka yang membeli keluaran edisi khas akan mendapat hadiah
        yang istimewa.

   Penyataan di atas menepati retorik 
    A    pendedahan
    B    pemujukan
    C    penceritaan
    D    pemerian




#JAWAPAN
1.A    2.C    3.A    4.B    5.B

         
    
       

No comments:

Post a Comment